Aduhai hati..
Kenapa menyeksakan..
Kenapa menggusarkan..
Kenapa mengguriskan..
Akhirnya..Sendiri juga aku terdampar di balik ruangan kalbuku..
Aku tak mahu tangis,
Kerna ia menyeksakan..
Aku tak mahu duka,
Kerna ia menyedihkan..
Aku tak mahu ingatan,
Kerna ia membunuhku..
Duhai alam..
Tepiskan duka ini..
Longgarkan kusut ini..
Biar aku bernafas tenang..
Kembali tersenyum riang..






0 comments:
Post a Comment