RSS

Kenangan Percintaanku




Nur Hazwani Binti Husin, itulah empunya nama seorang gadis yang berjaya menambat hatiku, kira-kira 2 tahun yang lalu. Takkan dapat aku lupakan pertama kali aku melihatnya, ketika itu di Taiping Sentral,aku bersama rakan baikku,dia pula bersama adik perempuannya.Dia kelihatan manis dan lembut bertudung, berbaju kurung biru muda bercorak bunga-bunga hiasan.Lama aku memerhatikannya.Tapi, sayang seribu kali sayang,aku bukanlah tergolong daripada spesis yang ‘gentleman’.Entah mengapa,dan dimana silapnya,aku pun tak pasti.Tiap kali pasti aku akan berpeluh dingin jika ingin memulakan bicara pada sesiapa yang tergolong daripada kaum hawa.Teringat sewaktu aku di IPTA dulu,ada seorang siswi datang menegur aku sekadar bertanyakan assignment.Akibatnya habis kemeja aku basah,bukan kerana hujan tapi kerana peluhku yang entah dari mana datangnya.Hah!,jangan ditanya la waktu tu,malu,segan,serba salah,sedih semua datang seperti mengejek-ngejek.Justeru,terpaksalah aku pendamkan saja isi hatiku ini.Dia,ku hanya biarkan berlalu pergi tanpa sempat mengenalinya terlebih dulu.
Sehinggalah,pada cuti hujung minggu sebulan selepas itu, ku terlihat kelibat seorang gadis iras seperti dia.Kali kedua aku melihatnya.Bermacam persoalan yg berlegar di minda.Betul ke dia ni?Siapa dia? ‘single’ lagi ke?Benarlah kata orang,cinta itu dari mata boleh turun ke hati. “Hurm,ni peluang ni,aku kena gak try,takkan nak biar hati rindu pada yang tak tahu pulak kan”kataku,sendirian.Langkah demi langkah ku atur,hati yang berdebar ku tenangkan,ayat-ayat jiwang novel yang aku baca semalam tiba-tiba muncul seperti memberikan sokongan,saputangan pula sudah ku sediakan di kocek kiri.Lengkap.Akhirnya,aku berjaya mengungkapkan sebaris ayat, “Assalamualaikum,eh u look familiar la,kita kenal ke”?. “Waalaikumussalam,err sorry wak,awk silap orang kot,saya tak kenal awak pun”. Jawabnya sambil berlalu pergi .Aku tersenyum,memerhatikan dia pergi,sambil suaranya tadi terngianga-ngiang di cuping  telingaku.Suaranya walau tak sesedap Dato’ ct,walau tak semerdu dan selunak Jacklin Victor,tapi, “kalau macamni tok iman pun cair beb”,masih ku ingat lagi pepatah daripada rakan-rakanku masa di IPTA dulu.
Malam tu,jangan haraplah aku nak tido lena.Konon-kononnya angaulah,dah bila tengah angau ni,dapatlah berjimat cermat.Bil air berkurang,duit makan pun berkurang,cuma rasa rindu je yang tak berkurang-kurang.Sejak itu,aku terus nekad,aku nak tahu tentang gadis tu.Akhirnya,ada maklumat mengatakan yang si gadis tu tinggal kat taman sebelah taman aku je.Semenjak aku tahu dia dari taman sebelah,secara automatiknya rajin la pulak diri aku melawat sekitar kawasan-kawasan taman tu.Last-last tahu jugak aku,rupa-rupanya,dia anak sulung dari dua orang adik beradik,tinggal dengan keluarganya,berumur 23tahun lepasan Uitm dalam bidang perhotelan,dan maklumat yang paling ku tunggu-tunggu,dia masih solo lagi.Masa mula-mula dapat maklumat tu,muka aku suci bersih je,macam takda apa-apa,tapi,sampai je rumah,aku terus lari,masuk rumah,cari tuala,masuk bilik air.Maklumlah sebelum ni tak sampai hati nak mandi.Masa mandi tu,siap melalak lagi,yang hairannya,pitching,rentak,lirik semua sempoi je,dah macam M.D.Kilau.
 
Sesudah itu terus aku bersiap-siap, sambil mengenakan minyak wangi yang aku pinjam dari jiran rumah sebelah.Kemudian,aku terus mendapatkan kenderaan kesayanganku yang di parkir di halaman rumah, Honda Cup Petak 70 kuasa kuda.Enjin motor pun sudah dihidupkan,maka aku pun meneruskanlah rancangan aku,melawat taman sebelah.Hampir 3jam  aku melaram dengan Honda Cup Petak 70 kuasa kuda,barulah ketemu si gadis itu.Dia dalam perjalanan ke kedai runcit yang berdekatan.Aku berhenti betul-betul depan gadis itu,dia agak terperanjat.Namun sebenarnya,akulah yang lebih terperanjat.Hal ini kerana,entah dari mana tiba-tiba setitik demi setitik peluh mulai membasahi tubuhku.Lutut pula tanpa sengaja bergetar sakan.Mulut aku hanya mampu mengeluarkan bau kari kepala ikan yang aku sebat tengahari tadi hasil pemberian jiran rumah sebelahku yang amat pemurah.Suara aku hilang,gugup.”Assalamualaikum,eh kenapa dengan awak ni?tak sihat ke?”,secara tiba-tiba dia bersuara.Aku cuba tenangkan diri,setelah dua tiga kali tarik nafas,akhirnya aku pon membalas persoalannya tadi.”Eh saya ok je,emm saya yoi,err saya nak berkawan dengan awak boleh?”,balasku.
Hatiku melonjak riang,berjaya juga aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati sejak pertama kali aku melihat dia.”Oh yoi,saya Hazwani,nama manja Ani.Nak berkawan?boleh je,kawanlah.Saya selalu nampak awak,awk orang taman ni ke?”,soalnya.”Saya tinggal di taman sebelah,sebenarnya saya suka awak sebab tu saya selalu datang melawat taman awak,selalu juga saya perhatikan awak”.Mulut aku secara tiba-tiba bersuara.Entah dari mana datangnya keberanian ku untuk bersuara.Tapi yang pasti,aku makin selesa apabila berbual dengannya,peluh jantan aku yang keluar macam paip pecah tadi,beransur hilang.”oh,haha,kelakarlah awak ni.Eh,saya nak ke kedai ni nak beli barang yang emak saya pesan tadi.Lambat-lambat nanti,mengamuk pula emak saya.Nanti kita jumpa lagi ya.Saya pergi dulu”,katanya.Aku hanya mampu tersengih,menayangkan gigiku yang putih berkilat itupun setelah puas aku gosok dengan berus sabut semasa aku mandi tadi.Dia berlalu pergi dengan tergesa-gesa.Hatiku terasa begitu berbunga-bunga.Aku terbayangkan jika dunia ini aku yang punya,aku lah raja dan akan aku sunting dia menjadi permaisuriku.”papp”.”Cis,burung tak guna,nak melepas, pergilah cari tandas,tak belajar sivik betul,aku pulak yang jadi sasaran,sudahlah cair semacam je,cirit kot,huh! kacau daun betul,dengki punya burung”.Ngomelku sendirian setelah terkena najis burung yang terbang pergi tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Sejak pertemuan itu,kami selalu berjumpa.Setelah hampir setahun kami berkawan,suatu hari tergerak hati aku untuk melamarnya menjadi kekasih hati.Untuk itu,telah aku aturkan untuk ber’candle light dinner’ dengannya.Dia sudi,kami berdua setuju untuk berjumpa di Restoran Nasi Kandar Pelita yang terletak di Taiping Sentral.Sengaja aku mencadangkan tempat makan itu.Bukan sahaja suasananya romantik,malahan para pekerjanya juga bertaraf antarabangsa.Kesemuanya dari luar Negara.Antaranya,Bangladesh dan India.Aku yakin,dia pasti bangga dengan aku.Malam itu,berbekalkan semangat waja dan keyakinan yang tinggi,aku pun menuju ke tempat yang dijanjikan, bersama tiga kuntum bunga ros yang aku kebas dari pasu jiran rumah sebelah tadi.Kadang-kadang,terbit rasa kasihan pada jiran-jiran,terasa seperti aku seorang yang ‘selfish’.Namun,aku tahu,mereka pasti memahami aku.Aku sebenarnya bukan sengaja.Cuma,aku taknak membazir membeli bunga yang lain sebab nanti bunga itu pasti layu jua.
Aku hanya mengambil masa selama 10minit setengah untuk sampai ke destinasi.Maklumlah,Honda Cup Petak 70 kuasa kudalah katakan.Mataku terus liar mencari Ani dan aku nampak dia di suatu sudut,keseorangan.Setelah kenderaan ku di parkir aku terus menuju kearah Ani.Dia tersengih-sengih menyambut kedatanganku.Kelihatan ada sedikit cebisan kecil cili di celah giginya.”Pengotor juga dia ni”,kataku dalam hati.”Assalamualaikum,hai awak,lama tunggu?”soalku.”Waalaikumussalam,hurm lama la juga,ni yang nak merajuk laju-laju ni,huh!”,katanya.”ish,mengadanya” fikirku dalam hati.”Ala,tak naklah merajuk,nanti tak comel dah dia,nah!, untuk awak”.Pujukku sambil ku hulur tiga kuntum bunga ros yang aku bawa bersama.Dia tersenyum.Lega aku rasa.Kemudian,pekerja restoran yang berdedikasi itu datang mengambil pesanan.Setelah pesanan sampai,kami pun makan sambil bergosip tentang orang ramai yang lalu lalang.Makan sudah,gosip sudah,kenyang pun sudah.Akhirnya,masa yang aku tunggu tiba juga.
Tanpa membuang masa,aku terus dengan niatku.”Sudi tak awak menjadi baja kepada bunga-bunga taman yang berada dalam hati saya?”soalku ikhlas.Dia,terkejut,ternganga, dan tersenyum.Aku memang sudah menjangkakan reaksinya itu.Maklumlah,aku ni boleh dikira seorang kaki drama juga.Dalam drama-drama melayukan banyak yang terjadi seperti itu.Akhirnya,setelah beberapa minit ternganga tanpa berkelip,”Awak,terima kasih sangat.Saya sudi,memang ini yang saya tunggu-tunggu dari mulut awak,dan saya harapkan bukan setakat hanya kekasih hati malah hingga teman hidup semati pun saya sudi awak”,jawabnya.Malam itu adalah malam yang bersejarah bagi kami.Aku bersyukur,kerana dia telah menerimaku dengan ikhlas,kerana dia aku telah berjaya menghilangkan perasaan gugupku terhadap kaum hawa,kerana dia cinta pertamaku,kerana dia aku dapat rasa disayangi dan menyayangi.  Dan aku berharap kami akan terus bersama hingga ke akhir hayat.
...

hehe sekadar cerita dongeng ye.. =P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment