Setelah beberapa bulan tanpa khabar berita, semalam saya mendapat panggilan dari ibu. Ibu mengatakan hasratnya untuk berkunjung ke rumah saya, ibu ingin mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang baju kurung yang baru. Aduh!,Saya
sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah seorang sabar, tambahan masih banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan. Tetapi walaupun demikian, saya pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.
Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian namun masih belum ada yang berkenan dihati dan ibu mengembalikan semuanya. Masa semakin berlalu, saya mulai penat dan bosan melayan kerenah ibu. Kelihatan jelas riak-riak kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang bagi saya agak cantik dan sesuai untuk ibu. Oleh sebab ibu terlalu lambat dan cerewet, maka untuk
kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan ibu dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata, rupa-rupanya saya silap. Bukan kerana cerewet, dan bukan kerana ibu seorang yang lambat. Sebenarnya tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan sedikit demi sedikit oleh penyakit radang sendi yang dihidapinya kira-kira setahun yang lalu dan sebab itu dia sebenarnya agak susah untuk mengena dan mencuba pakaian yang dipilihnya. Seketika,rasa letih serta bosan saya,digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.
Cantik. Pakaian ini begitu indah, ibu tersenyum kelat apabila dipuji saya. Jelas kelihatan,mukanya yang ceria walau dalamnya terseksa menanggung penyakit yang di hidapinya itu. Akhirnya, ibu membuat keputusan membeli sepasang baju kurung berwarna biru muda yang telah dicubanya tadi. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut telah terukir dan tidak dapat kulupuskan dari ingatan. Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya. Tangan itu juga dulunya sentiasa menjaga saya sejak kecil,tanpa pernah terbit rasa bosan atau letih. Dan sekarang tangan itu telah menyentuh jauh kelubuk hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya
pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya. Ternyata,rupa-rupanya sudah lama kedua tangan itu tidak saya belai,tidak saya sentuh,tidak saya cium...dan ketika saya masih lagi mencium tangannya tiba-tiba terdengar suara esakkan kecil dari ibu. Ibu terjaga. Saya memberitahunya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.
Saya hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu. Sesungguhnya Ibu,adalah anugerah yang paling indah untuk kita.






0 comments:
Post a Comment